ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Perkara Anda Wajib Baca Sebelum Apply Asb Loan

Perkara Anda Wajib Baca Sebelum Apply Asb Loan

perkara wajib tahu sebelum buat asb loan
perkara wajib tahu sebelum buat asb loan


Tahniah kerana anda berminat dan serius untuk membuat pelaburan melalui teknik asb loan dengan saya. Baik, anda memang WAJIB tahu 5 (LIMA) perkara tentang asb loan ini sebelum mengambilnya dengan saya (Konsultan ASB Loan anda: MOHD FAIRUZ BIN RAMLI).

WAJIB TAHU SEBELUM APPLY ASB LOAN:

1- Perkara perkara yang perlu diketahui oleh pemegang unit sebelum membuat pelaburan unit amanah melalui pembiayaan (Risalah Know Your Loan). Sila klik dan baca.
= Boleh Download <SINI>

2- Kemudahan pembelian sijil berganda ("Multiple Certificate") adalah salah satu kaedah perancangan kewangan bagi pelaburan melalui pembiayaan.
= Anda boleh membuat asb loan dengan sijil berbeza amaun (juga dari loan bank berbeza), namun tertakluk kuota had keseluruhan RM200,000 dan kelayakan pinjaman anda (kelayakan payslip anda).

3- Manfaat pelan takaful/insurans bagi melindungi pembiayaan pelaburan pemegang unit, sekiranya pemegang unit meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
= Takaful atau insurans ke atas asb loan adalah pilihan. Bayaran bulanan akan meningkat berdasarkan faktor umur dan jantina. Jika berlaku kematian ke atas peminjam tanpa mengambil takaful, waris tidak perlu sambung bayar dan waris berhak menuntut harta pusaka tersebut (keuntungan daripada pelaburan asb loan setakat masa tersebut). Jika mengambil takaful, waris perlu memaklumkan kepada pihak bank dan membawa dokumen berkaitan kematian peminjam kepada pihak bank. Proses tuntutan adalah seperti urusan harta pusaka yang lain juga (surat pemegang kuasa dan dibicara di pejabat pusaka kecil, amanah raya atau mahkamah tinggi).

4- Syarat dan tatacara tuntutan terhadap pembiayaan pelaburan, sekiranya pemegang unit meninggal dunia atau muflis.
=  Waris berhak menuntut harta pusaka (keuntungan daripada pelaburan asb loan setakat masa tersebut) dengan memaklumkan kepada pihak bank dan membawa dokumen kematian peminjam. Waris bersama surat kuasa (LA) perlu hadir ke kaunter bank CIMB terdekat.

5- Penamatan awal pembiayaan pelaburan unit amanah dan kesannya terhadap pelaburan pemegang unit.
= asb loan boleh ditamatkan awal namun digalakkan selepas melebihi pembayaran selama 12 bulan. Ini kerana jika terlalu awal, terdapat caj interest terlibat akan dikenakan. Namun begitu denda Lock-in Period tidak dikenakan untuk asb loan islamic di CIMB.
Anda wajib semak dahulu di mana mana kaunter cawangan CIMB terdekat untuk semak status sama ada dah boleh tamatkan/cancel asb loan anda, atau belum. Jika tiada masalah, anda boleh teruskan penamatan. Anda harus faham, dividen dibayar mengikut bulan yang anda bayar loan bulanan. Bermaksud, jika anda tamatkan asb loan awal, dividen yang akan anda perolehi adalah tidak sepenuhnya (dividen dapat setakat bulan yang anda bayar sahaja). Dividen pula bergantung kepada pengumuman dividen yang biasanya diumumkan pada bulan Disember setiap tahun (Sila Rujuk PNB).

Mana mana bahagian 5 perkara di atas yang anda kurang faham, anda boleh sentiasa menghubungi saya untuk penjelasan.

untuk pemahaman tambahan boleh baca juga artikel, Asb Loan For Newbie <KLIK SINI>





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.