ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

ASB Loan For Newbie

ASB Loan For Newbie

Anda berminat dengan pelaburan menggunakan ASB Loan?

Anda betul betul kosong pasal asb loan ni?
Ada beberapa perkara yang anda perlu faham tentang asas ASB Loan.


ASB Loan for newbie
ASB Loan for newbie beginner

Soalan Soalan biasa ASB LOAN

apakah asb loan?
apakah asb loan?

Apakah ASB Loan?
= ASB Loan adalah satu pinjaman bertujuan nak mendapatkan sijil ASB diakhir tempoh loan. Anda bayar bulanan yang sedikit, dan setiap tahun dapat dividen (biasanya dividen boleh cover bayaran bulanan setahun- tertakluk situasi teknik melabur). Habis tempoh loan (full settlement), anda dapat sijil ASB yang boleh ditunaikan.

Duit Asb Loan
Duit Asb Loan

Adakah duit bayar bulanan ASB Loan dapat semula?
= Ini pun satu kekeliruan ramai. Peminjam asb loan, dapat semula duit bayaran bulanan dalam bentuk dividen di akhir tahun (dengan syarat tempoh loan 30 tahun).
Anda: Abis duit bayar bulan-bulan tu ke mana?
Saya: Anda dah dapat balik dalam bentuk dividen (siap lebih sikit dari bayaran bulanan tu)
Contoh asb loan 50k bulanan RM270. Setahun bayar RM270X12= RM3240
Katakan Dividen 7.25% X 50k = RM3625
Nampak tak RM3625 VS RM3240 !!!!  
Anda: oooo
Saya: Saya bagi contoh lain. Anda buat loan kereta selama 9 tahun.
Di akhir tahun ke-9 anda tanya bank, mana pergi duit anda bayar tiap-tiap bulan pergi....erkkkkk kan pelik sangat tu!!! terlampau pelik hihihi. Orang bank akan cakap, tiap-tiap bulan anda dapat pakai kereta dan diakhir 9 tahun, kereta jadi milik anda! Bayar bulan-bulan tu adalah hutang anda dengan bank!
Saya bandingkan dengan asb loan = tiap-tiap tahun anda dapat dividen, diakhir 30 tahun anda dapat sijil asb bernilai RM50K yang boleh ditunaikan di pejabat PNB. Yang bulan-bulan bayar tu obviously lah hutang kena bayar pada bank kan? Faham ke faham????


asb loan boleh dapat duit cash?
asb loan boleh dapat duit cash?

Adakah ASB Loan boleh dapat duit cash?
= Jangan salah faham! Yang dapat duit cash tu PERSONAL LOAN. Anda buat PERSONAL LOAN anda dapat CASH. Anda buat Asb loan, anda hanya dapat DIVIDEN di akhir tahun dan dihujung tempoh loan (10 tahun ke 20 tahun ke 30 tahun ke), anda dapat sijil asb. Sila buang jauh jauh SALAH FAHAM anda tentang dapat duit cash (Personal Loan) dan Asb Loan.
Senang cerita, Personal loan = Lebur/Belanja duit    &   Asb loan = Melabur duit

Staf Swasta boleh mohon asb loan
Staf Swasta boleh mohon asb loan


Adakah saya kakitangan swasta dan bekerja sendiri boleh mohon asb loan?
= Bank tak kisah anda kakitangan kerajaan atau swasta atau bekerja sendiri. Yang penting pendapatan (Payslip atau Bank Statement) layak. Itu sahaja yang penting!

Duit cash untuk bayar installment setahun asb loan
Duit cash untuk bayar installment setahun asb loan


Saya ada duit cash untuk bayar monthly payment asb loan setahun terus. Tapi payslip tak lepas sebab banyak komitmen, boleh tak apply?
= Tak boleh bro, duit CASH SEDIA ADA tak diambilkira dalam kelayakan. Hanya Payslip dan Bank Statement Biz selama 6 bulan terkini sahaja.

Surirumah Pelajar Apply Asb Loan
Surirumah Pelajar Apply Asb Loan


Saya Surirumah, Pelajar, Student boleh apply tak asb loan?
= Tak boleh kerana tiada payslip atau bank statement biz. Tapi kalau suami, mak, ayah, abang, kakak anda setuju berikan kebenaran Payslip diorang untuk anda apply loan, jadi BOLEH dan TAK ADA MASALAH. Tetapi kelayakan dan komitmen loan akan jadi atas Payslip mereka. Pastikan mereka faham.

Situasi akan jadi macam ni:

1) Student jadi pemohon utama (guna buku asb student sendiri) + Ayah jadi pemohon bersama (guna Payslip ayah).Kelayakan gaji ikut gaji ayah, tapi tempoh loan ikut umur anak dan dividen akan masuk buku anak.
2) Isteri jadi pemohon utama (guna buku asb isteri sendiri) + Suami jadi pemohon bersama (guna Payslip suami).Kelayakan gaji ikut gaji suami, tapi tempoh loan ikut umur isteri dan dividen akan masuk buku isteri.
3) Adik jadi pemohon utama (guna buku asb adik sendiri) + Kakak jadi pemohon bersama (guna Payslip kakak).Kelayakan gaji ikut gaji kakak, tapi tempoh loan ikut umur adik dan dividen akan masuk buku adik.

Faham tak 3 situasi asb loan ni? Anak-Ayah, Isteri-Suami dan Adik-Kakak 

Tiada Akaun Bank Untuk Apply Asb Loan
Tiada Akaun Bank Untuk Apply Asb Loan


Saya tiada akaun CIMB. Kena bukak tak?
= Tak ada masalah dan tak perlu buka. Ramai yang buat asb loan tak ada akaun CIMB dan mereka boleh bayar melalui Online Transfer atau gunakan mesin Cash Deposit Machine (CDM).

Rugi Buat Asb Loan
Rugi Buat Asb Loan


Ada orang kata buat asb loan ni rugi berbanding simpan sendiri asb dalam buku, betul ke?
= Jangan dengar orang cakap. Sila baca contoh kiraan dan hadam = <SINI>

Interest Asb Loan
Interest Asb Loan


Orang kata ASB Loan ada interest sampai 5.2% dah macam Personal Loan punya Interest?
= Adoii, jauh bonar buat perbandingan macam tu. Jangan macam tu bang..lain bonar...Personal Loan guna simple interest so memang mahal (Loan kereta pun sama). Loan rumah dan Asb Loan menggunakan Term Loan, jadi lagi murah. Nampak je nombor lebih kurang sama, kiraan jauh lain bro. Kalau mahal, semua orang buat asb loan ni rugi lah. Takkan ada nama "Pelaburan Asb Loan" hehehe. Nak clear pasal salah faham ni baca <SINI>

Kira Dividen Asb Loan
Kira Dividen Asb Loan



Macam Mana Kira Dividen untuk Asb Loan?
= Asb loan ni dividen dibayar ikut bulan yang kita bayar loan. Saya ulangi, "Bulan yang kita bayar loan!". Bermaksud, setahun ada 12 bulan kan? Kalau kita bayar loan start bulan Januari, maka pada bulan Disember, kita akan dapat dividen penuh seperti yang diumumkan. Ok jom tengok contoh pengiraan yang membuka mata anda ni:

Si A bayar Asb Loan RM100K start bulan Januari hingga Disember (12 bulan):
Katakan dividen diumumkan adalah 7%:
Dividen = 7% X 100000 = RM7000
Ya, Si A dapat RM7000 dividen....jelas kan? Jom tengok si B pulak.

Si B bayar Asb Loan RM100K start bulan Julai hingga Disember (6 bulan kan?):
Katakan dividen diumumkan adalah 7%:
Dividen = (7%/12 bulan) X 6 bulan X 100000 = RM3500
Ya, Si B hanya dapat RM3500 dividen....jelas kan? Bayar separuh tahun, dapat la separuh dividen. Takkan penuh kot...tak adil huhuhu.

Sijil Asb Loan
Sijil Asb Loan


Betul ke kalau abis tempoh bayar asb loan akan dapat SIJIL ASB?
= Betul bro, sila claim sijil anda di mana mana cawangan bank berdekatan. Dapat sijil tu anda boleh tunaikan (boleh cairkan dan masukkan dalam akaun peribadi anda). Hehehe...masa tu jangan lupe belanja saya :)






Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.