ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Apa Teknik Asb Loan Sepatutnya

Apa Teknik Asb Loan Sepatutnya

Teknik Asb Loan
Teknik Asb Loan


Saya tak pernah buat asb loan....
Saya tak ada pengalaman pelaburan asb loan....
Saya tak tau teknik apa terbaik untuk saya....
Saya tak tau nak tanya siapa hehehe....

Memang betul, terlalu banyak teknik asb loan yang ada di dalam pasaran. Kadang kadang boleh jadi confuse mana satu. Semua nampak ok dan bagus dan juga meyakinkan. So apa kekurangan dan kelemahan teknik teknik tersebut?

Baik, secara umumnya ada 2 mahzab utama (walaupun ada bersepah lagi), iaitu bergantung objektif pelaburan asb anda. Ramai yang langsung tak tau apa objektif melabur tapi selepas menjawab dua soalan ni, anda akan semakin faham.

Adakah anda;
1- Objektif ingin mendapatkan sijil asb di akhir tempoh loan?
2- Objektif ingin mendapatkan cash semaksimum mungkin melalui teknik asb loan?

Jika jawapan anda adalah no.1 maka;

= Anda lebih sesuai menggunakan teknik Rolling Dividend. Teknik ini adalah apabila anda menggunakan dividen yang ada perolehi dihujung tahun (semasa dividen diumumkan), dan duit dividen itu dikeluarkan secara manual dan digunakan untuk membayar jumlah bayaran loan asb tahun hadapan selama setahun terus melalui mesin CDM (Cash Deposit Machine) atau online transfer.

Modal tahun pertama sahaja. Tahun kedua sampai tahun ke tiga puluh, hidup sendiri guna dividen...tak ganggu duit poket kan? So kenapa peduli? Sedar sedar bila pencen ada sijil asb RM200K (yang boleh ditunaikan masuk akaun bank anda)....masyukkkkk....

Contoh;
* Anggaran dividen setiap tahun = 7.25% , rate 5% dan loan selama 30 tahun

asb loan RM200K bulanan RM1074
Bayar dari bulan Januari hingga Disember
Dividen diperolehi = 7.25% X 200k = RM14500
komitmen tahun hadapan = RM1074 X 12 bulan = RM12888

Maka;

Dividen sebanyak RM14500 boleh cover setahun terus bayaran tahun hadapan (RM12888) betul tak?
Yess, settle terus setahun....sila ulang sampai tahun ke 30 dan apabila loan tamat, anda dapat sijil asb bernilai RM200K....best kan?

Jika jawapan anda adalah no.2 maka;

= Anda lebih sesuai menggunakan teknik dividend compounding. Teknik ini adalah apabila anda tidak mengusik duit dividen yang diperolehi, dan membiarkan sahaja ia di dalam akaun dengan niat supaya apabila tidak diusik, nilai dividen tersebut akan dikira di dalam pengiraan dividen pada tahun berikutnya. Melalui teknik ini duit dividen akan berkembang atau berganda.

Contoh;

* Anggaran dividen setiap tahun = 7.25%

Tahun pertama:
Dividen 7.25% X 100,000 = RM7250

Tahun kedua:
Dividen 7.25% X 107,250 = RM7775.63   <--- nampak tak duit dividen dah berkembang

Tahun ketiga:
Dividen 7,25% X RM107,775.63= RM7813.73   <--- nampak tak duit dividen dah berkembang

Anda sepatutnya mengekalkan loan anda selama mungkin. Jika sampai masanya (sebaiknya selepas dapat dividen terakhir tahun tersebut barulah anda cancel), anda boleh cancel dan dapat total keseluruhan yang maksimum (termasuk cash value cancel).

Contoh;
* Anggaran dividen setiap tahun = 7.25% , rate 5% dan loan selama 30 tahun 

Bayar asb loan, Januari-Disember selama 36 bulan (3 tahun lah)
Anggaran dapat dividen 2 kali compounding = RM46728
Anggaran cash value cancel = RM9100

Maka anggaran kasar total untung = RM46728 + RM9100 = RM55828
Kalau banding simpan sendiri selama 36 bulan = RM1074 X 36 = RM38664
Beza kan? Masyukkkk...teknik asb loan lagi banyak duit berkembang betul tak?

Mana satu objektif anda? Pasti salah satu kena betul pada caranya....




Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.