ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Dividen ASB2 2015 Rendah Untung atau Rugi

Dividen ASB2 2015 Rendah Untung atau Rugi

Ramai yang telah tahu Dividen ASB2 telah diumumkan 22 Mac 2016. Ramai juga yang tertanya tanya, apa ASB2? Sama tak ASB2 dengan ASB?

Dividen ASB2 2015
Dividen ASB2 2015

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.05 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.

Jika dibandingkan dengan pengumuman dividen ASB sebagai perbandingan adalah sebanyak 7.25 sen seunit. Nampak macam ASB lebih tinggi kan?

Jom kita tengok perbandingan dividen pada permulaan ASB2 pula.

Dividen ASB-ASB2 Tahun 2014 :
dividen ASB = 7.50
dividen ASB2 = 7.50 (1st time launching dividend)

Dividen ASB-ASB2 Tahun 2015:
dividen ASB = 7.25 (merosot sikit)
dividen ASB2 = 7.05 (merosot lebih sikit)


Ramai tertanya tanya, patut atau tak melabur ASB2?

Setahun yang lepas, jika ada yang bertanya (memang ramai yang bertanya pun), jawapan saya ialah, jangan baca dividen kali pertama kerana dividen kali pertama memang sentiasa baik (kalau 1st dividen teruk, macam mana nak tarik pelabur kan?)

Jadi nasihat saya, kita perlu lihat lebih dari satu faktor sebagai pandangan atau faktor pertimbangan sebelum melabur ASB2.

1- Faktor Dividen
= Perbezaan dividen sebenarnya telah diduga dari awal, di mana hampir semua saham Unit Trust jatuh dividen termasuk ASB. Namun begitu kita tak boleh kata sekali jatuh, jatuh selamanya. Setiap pelaburan yang asasnya baik, ia akan kembali naik.

2- Faktor Portfolio Pelaburan ASB2
= Jika dilihat perbandingan portfolio pelaburan dalam ASB2 agak berbeza daripada ASB. ASB2 lebih meluas sektor pelaburannya termasuk dalam ekuiti, sukuk dan bon. Jika diteliti, ASB2 lebih mengutamakan sektor perkhidmatan dan kewangan di mana pada pendapat saya, adalah sektor terbaik dari segi kestabilan dan keuntungan.

3- Faktor Potensi Ekonomi Saham di Malaysia
= Memandangkan ekonomi Malaysia sudah berada dalam landasan yang baik untuk semakin pulih, saya percaya masa dan timing untuk mula melabur adalah pada tahun 2016 dan bukannya 2015 (pendirian saya masih sama sebelum ini. Kita tunggu dan lihat dahulu ASB2 baru decide melabur. Jangan tergesa gesa).

Saya yakin bahawa seiring dengan pemulihan ekonomi Malaysia, dividen akan datang akan semakin tinggi dan lebih baik. Jika anda hendak mula cuba melabur ASB2, jawapan saya, sekaranglah masanya!


3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur ASB 2:

1- ASB anda telah penuh kuota RM200000. Anda tidak boleh lagi melabur dalam ASB tapi anda masih mahu pelaburan anda tidak terlalu tinggi risiko tapi tidak kisah kurang sedikit dividen berbanding ASB.

2- Anda ingin pelaburan yang rendah risiko.

3- Anda mahukan teknik strategi pelaburan terbaik menggunakan teknik manipulasi ASB dan ASB2. Cuba tengok teknik di bawah:

TEKNIK PELABURAN HYBRID ASB dan ASB2

1. Buat ASB Financing RM200K tempoh 30 tahun. Bulanan dalam RM1098. Ni installment tanpa insuran, sebab aku nak main short term. Setahun dalam RM13,176.
2. Selepas setahun, anggap lah ASB diumumkan dapat dividen 7.25% dan bonus 0.50%. So aku dapat lah dividen RM14,500 dan bonus RM100.
3. Buat pula ASB2 Financing RM200K. ASB2 Financing wajib ambil insuran, so ambil lah insuran setahun. Installment sebulan RM1101 dan setahun dalam RM13,212.
4. ASB Financing dibayar macam biasa iaitu guna duit gaji kita dan installment ASB2 Financing dibayar mengunakan dividen dari ASB Financing.
5, Setahun kemudian, terminate kedua-dua ASB Financing dan ASB2 Financing.
6. Anggarkan dividen ASB Financing masa tu still 7.25% n Bonus 0.50% dan dividen ASB2 Financing pun 7.25% dan Bonus 0.25%.
Pada masa itu kita akan dapat CASH ON HAND sebanyak RM38,824 dengan komitmen sebanyak RM1098 sebulan selama 2 tahun.
Kalau simpan sendiri RM1098 sebulan selama 2 tahun, mampu ke ko dapat RM38,824 ?
Orang yang x faham tapi yakin tahap Maslan mesti akan tanya Interest Bank mana ?
Bro, ko tau x yang sebahagian installment setiap bulan yang kita bayar kat bank tu lah interest bank.
Installment = Profit/Interest + Principal
Profit milik bank
Principal milik kita
Dengan RM38,824, boleh lah ko buat deposit untuk beli rumah nanti, beli kereta ke, kahwin ke dan sebagainya.

CARA PENGIRAAN TEKNIK PELABURAN ASB dan ASB2

  • MODAL
(ASB Financing) 1098 x 24 bulan = RM26,352
--- DIVIDEN ---
(ASB Financing)
Dividen 1st year (200k x 7.25%) - 13,176 = RM1324
Dividen 2nd year 200k x 7.25% = RM14,500
(ASB2 Financing)
200k x 7.25% = RM14,500
Total Dividen RM30,324 #
  • BONUS
(ASB Financing)
1st year 200k x 0.50% x 12/120 = RM100
2nd year 200k x 0.50% x 24/120 = RM200
(ASB2 Financing)
200k x 0.25% x 12/120 = RM50
Total Bonus RM350
  • PRINCIPAL
(ASB Financing)
200k - 194,157 (baki loan bulan ke-24) = RM5,843
(ASB2 Financing)
200k - 197,693 (baki loan bulan ke-12) = RM2,307
Total Principal RM8,150 #

  • CASH ON HAND
Dividen + Bonus + Principal
30,324 + 350 + 8,150 = RM38,824 ##

  • NET PROFIT
Cash On Hand - Modal
38,824 - 26,352 = RM12,472

  • ROI
Net Profit / Modal x 100%
12,472 / 26,352 x 100% = 47.33% 2 tahun
23.66% setahun

Macam mana? Best tak tenik gabungan ni? Boleh bincang husband and wife...adik beradik kalau nak apply....study dulu yang penting....dan komited...terbaikkkk


(Berita Penuh <SINI>)





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.