ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Cara Semak Rekod CCRIS Bank Negara

Cara Semak Rekod CCRIS Bank Negara


Semak Rekod CCRIS
Semak Rekod CCRIS

Ramai yang bertanya saya jika mereka ada rekod CCRIS tidak baik bagaimana nak semak. Untuk makluman semua, memang tidak boleh pihak ke tiga atau third party menyemak bagi piihak anda. Ini di bawah akta perlindungan data pelanggan.

Tapi saya boleh advice anda membuatnya sendiri (memang HANYA BOLEH dilakukan oleh pemilik SAHAJA). 

Sila ikuti langkah semak rekod CCRIS di bawah untuk individu:

1)  Sekiranya anda dari Lembah Kelang, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNM LINK
LINK & Regional Offices
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

* BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Sekiranya anda berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia. Berikut adalah alamat Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia:-

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Pulau Pinang
No. 27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Talian Am: +604-2587588
         

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor
Talian Am:  +607-2257888
           

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Talian Am:  +6088-211211
         

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Talian Am:  +6082-252311
           

Bank Negara Malaysia
Cawangan Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Talian Am:  +609-6220571
         
* Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00 petang - 2.00 petang kecuali hari Jumaat dari 12.30 tengah hari - 2.30 petang) kecuali pada cuti umum.

* Manakala Bank Negara Malaysia cawangan Kuala Terengganu beroperasi dari hari Ahad hingga Khamis, 9.00 pagi - 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00 petang - 2.00 petang) kecuali pada cuti umum.

Sila bawa bersama-sama MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti anda. Laporan kredit akan diberikan kepada anda di BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia selepas permohonan diterima pada hari yang sama.



3)  Sekiranya anda bukan dari Lembah Kelang atau jauh dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:

Download Borang-borang terlibat disini = <SINI>

          Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
          Borang Perisytiharan Pinjaman;
          Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
          Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):

                         Bil air;
                         Bil elektrik; atau
                         Bil telefon.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai dokumen di atas, anda boleh mengemukakan mana-mana dokumen berikut:



         Penyata akaun bank;
         Penyata kad kredit; atau
         Penyata KWSP.

Sila hantar borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan melalui pos atau faksimili atau emel kepada:

BNM LINK
LINK & Regional Offices
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Email Bank Negara: bnmtelelink@bnm.gov.my


Diharapkan semakan ini dapat memudahkan anda memantau rekod CCRIS anda di masa hadapan.

Atau anda boleh beli online:


Cara Semak CCRIS CTOS Online
Cara Semak CCRIS CTOS Online

Cara Semak Rekod CCRIS CTOS Online

Anda perlu beli online sahaja (hanya pemilik) di website = https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.