ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Dividen ASB 2015 Baik Buruk atau Merosot?

Dividen ASB 2015 Baik Buruk atau Merosot?

Ramai yang menanti nantikan keputusan dividen ASB 2015 yang mana tahun 2015 adalah zaman kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia.

Dividen ASB 2015
Dividen ASB 2015

Jika dilihat kepada prestasi dividen asb sepanjang 1990 hingga 2014, pastilah kita menarik nafas lega kerana semasa zaman kemelesetan ekonomi Malaysia tahun 1998 dan tahun 2008, dividen asb telah berjaya mengharungi kejatuhan ekonomi dengan memberikan dividen dan bonus 10.50% pada tahun 1998 dan 8.75% pada tahun 2008. Hebat kan?


Dividen ASB dari 1990 hingga 2014
Dividen ASB dari 1990 hingga 2014

Tapi apa yang berlaku pada tahun 2015? Lain kisahnya. Ya, memang lain. Mari kita lihat apa yang berlaku dalam tahun 2015 ini.

1) Kejatuhan Harga Minyak Petroleum Dunia
= Harga minyak dunia jatuh ke tahap terteruk dan ini memberi kesan kepada Malaysia yang selama ini bergantung kepada hasil jualan minyak petrol (LNG) dan kelapa sawit (CPO). Jika matawang jatuh sekalipun, hasil pendapatan daripada minyak petrol memang stabil kerana permintaan dan harga yang tinggi.
Dengan pembabitan OPEC yang tidak mengurangkan pengeluaran, menyebabkan harga terus jatuh dan jatuh. Info Kejatuhan Harga Minyak, baca <SINI>.
Harga minyak dunia dikawal oleh konsep suppy demand economic. Paling mengejutkan adalah pada bulan Jun 2015 dimana harga minyak mentah contohnya Brent Crude (Tapis Blend) telah jatuh mendadak USD115 setong kepada USD59 setong! Ramai terpinga pinga dan melopong.

2) Kejatuhan Harga Minyak Sawit Mentah Dunia
= Pendapatan kedua paling penting kepada Malaysia adalah Kelapa Sawit. Kejatuhan mendadak kelapa sawit (CPO) yang selama ini digelar KOMODITI KEBAL kerana sifat harganya yang stabil dipasaran. China dan India adalah pembeli terbesar komoditi kelapa sawit menjadikan pendapatan daripada kelapa sawit agak stabil dan menguntungkan Malaysia selama ini.
Ketika ini harga CPO hanyalah antara RM2000 ke RM2200 setan (harga ini rendah). Pemain pemain utama minyak kelapa sawit semuanya mengalami kejatuhan keuntungan kerana permintaan mendadak turun dan harga pasaran terlalu rendah. Sime Darby Bhd jatuh hingga 38%, Golden Agri Resources jatuh hingga 19% dan FGV selaku pengeluar terbesar dunia juga jatuh teruk.

3) Kejatuhan Saham dan Matawang Dunia
= Matawang Ringgit Malaysia RM telah mecatatkan nilai terendah tahun 2015 sehinggakan nilai terkini mencecah RM4 lebih berbanding 1 Dolar USD.

Anda pasti tahu, faktor nombor 3 dah biasa berlaku ketika kemelesetan ekonomi. Tapi kali ini ASB terjejas teruk. Kenapa ya?

Jawapannya......

Kejatuhan Berkembar CPO dan LNG! Ini tidak pernah berlaku kepada Malaysia sebelum ini.

Dalam kes ASB, Minyak kelapa sawit CPO yang merupakan pelaburan utama dalam ASB Loan telah menyebabkan pengiraan dividen dan bonus jatuh. Mari lihat perbandingan:

Tahun 2014     Dividen 7.5%     Bonus 1.00%
Tahun 2015     Dividen 7.25%   Bonus 0.50%

BEZA dividen 0.25% dan Bonus 0.50%

Hmm, jika dilihat betul betul....ia taklah jatuh sangat (tak cecah 6% pun). Dividen ini dianggap berpatutan jika dibandingkan dengan kejatuhan sebenar ekonomi. Nampaknya PNB masih kukuh dan khususnya ASB masih kuat kewangannya. Pelaburan pelaburan lain dalam ASB seperti dalam bidang telekomunikasi, tenaga elektrik, perbankan, perumahan dan pembangunan dan lapangan terbang masih kukuh dan menguntungkan. Alhamdulillah.....

Masih untungkah kalau melabur asb loan? Dividen sikit (kata orang berfikiran negatif)....jom kira...kes untuk 2015 sahaja ye...takkan la ekonomi Malaysia jatuh sampai kiamat hihihi...

Melabur asb loan RM100K....bulanan RM549....
Jika mula bayar loan Januari-Disember:

Modal RM549 X 12 bulan = RM6588
Dividen 7.25% X RM100,000 = RM7250




Masih mengatasi modal kan? Itulah kekuatan ASB Loan....

Jika anda merasakan ada pelaburan yang lebih baik...boleh teruskan....bagi saya, pelaburan stabil dan baik untuk bumiputera seperti ini WAJIB diambil kesempatan segera. Jangan hanya asyik membaca dan melihat orang lain bahagia dengan DIVIDEN. Anda juga boleh....mulakan pelaburan asb loan PERTAMA anda dengan saya. Anda SERIUS melabur, Saya SERIUS coaching anda.



Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.