ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Cara Mudah Kira Dividen dan Bonus ASB

Cara Mudah Kira Dividen dan Bonus ASB

Ramai sebenarnya bertanyakan saya tentang cara kira dividen dan bonus ASB. Tak kurang juga yang salah faham dan salah kira. Ini biasa untuk pelabur pelabur asb yang baru nak mula.

Cara kira dividen asb
Cara kira dividen asb

Sebelum kita mulakan, perlu saya terangkan sekali lagi bahawa dividen ASB dikira secara Pro Rate iaitu dikira berasingan setiap bulan. Maksudnya, umum tahun pada bulan Disember setiap tahun, urusniaga akan dibekukan dan akan diumumkan dividen yang akan didapati pada tahun tersebut. Jika saya mulakan asb loan saya pada bulan November...saya tidak akan dapat penuh dividen 7.5%!  Kalau saya buat asb loan RM100K, saya tak dapat dividen 7500 pada bulan disember tersebut. Ini kerana apabila disebut Pro Rate, kita akan mengira dividen kira dengan cara = (2/12) X 7/5% X 100000 = RM2000 sahaja. (mula bayar Nov hingga Disember bermaksud hanya 2 bulan, jadi 2/12). 

Kalaulah kita mula bayar loan sejak januari hingga disember(12 bulan penuh), pengiraannya = (12/12) X 7.5% X 100000 = 7500.00 penuh ye.

Oleh yang demikian, bermaksud...mula bila bila pun sama sahaja. Cuma jika anda nak timing untuk kiraan penuh, anda perlu mula pada atau sebelum Januari.


Pengagihan Pendapatan ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2017:-


Jumlah *BMB dari bulan Januari 2017 hingga Disember 2017 x KADAR
12 Bulan

•BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan (sebelum 25hb)

•Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2017 sehingga Disember, 2017 (12 bulan).


•Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.

•Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


Pengiraan Bonus ASB


Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2015:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2017 x KADAR
120 Bulan

•BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan (sebelum 25hb)

•Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2008 hingga Disember 2017 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.

•Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.




Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.