ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Apakah ASB Loan?

Apakah ASB Loan?

Sebelum kita melihat apakah sebenarnya ASB Loan, mari kita lihat apakah sejarah tentang asal usul ASB ni.

Amanah Saham Bumiputera dan ASB Loan CIMB
Amanah Saham Bumiputera dan ASB Loan CIMB


Amanah Saham Bumiputera atau dipanggil ASB ditubuhkan pada 2 Januari 1990. Ia adalah saham berjenis Dana Ekuiti. 

Kelayakan untuk ASB adalah untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas manakala untuk akaun kanak kanak pula berumur 6 bulan ke atas hingga 17 tahun. Akaun kanak kanak perlu didaftar oleh penjaga berumur 18 tahun ke atas.

Harga se unit untuk ASB ditetapkan pada kadar RM1 se unit. Jadi tidak lah boleh dibandingkan dengan Saham di bursa saham ataupun harga saham amanah atau Unit Trust kerana sifat harga tetap ini.

Bentuk pelaburan untuk ASB adalah dalam bentuk buku dan sijil. Jika buku, minimum pelaburan adalah RM10, manakala untuk bentuk sijil, perlu minimum 1000 unit atau RM1000 per sijil. Jika anda membuat ASB Loan RM200K bermakna jika telah matang nanti anda akan mendapat sijil bernilai RM200K.

Dalam ASB tiada limit, bermakna ia tidak terkongkong untuk berkembang dan boleh menarik sebanyak mungkin kemasukan pelabur bumiputera. Namun, untuk setiap individu, ada limit iaitu RM200K per individu dalam setiap buku atau sijil. Erti kata lain, jika anda telah membuat ASB Loan RM200K bermaksud anda telah berjaya memenuhkan kuota anda dan anda tidak boleh lagi melakukan penambahan pelaburan. Begitu juga dengan kes jika anda mempunyai wang tunai RM200K dan dimasukkan dalam buku ASB. Jika penuh, maka tidak boleh lagi menambah secara manual ataupun membuat asb loan kerana, anda telah memenuhkan kuota anda secara cash atau tunai.

Tiada sales charge, atau redemption charge dikenakan atas pelaburan ASB. Begitu juga dengan redemption yang dibuat, tidak seperti Unit Trust mengambil masa 3 hari bekerja, redemption ASB berlaku serta merta. Ini menunjukkan bahawa ASB lebih cair tunainya berbanding Unit Trust.

Perlu diingat juga, pelaburan ASB akan tamat pada 31 Disember setiap tahun. Pada bulan Disember semua urusniaga ASB akan dibekukan untuk memberi laluan proses pengiraan dividen, penutupan akaun pelaburan dan sebagainya. Pada 2 Januari tahun berikutnya, barulah dividen boleh dikeluarkan dan sebarang urus niaga disambung semula.

Asb Loan
Asb Loan

Berbalik kepada ASB Loan, apakah ASB Loan?

Ia adalah satu inisiatif daripada pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera untuk melabur dalam ASB. Mungkin bumiputera tidak ramai yang mampu mempunyai tunai untuk dipenuhkan dalam akaun ASB mereka tapi dengan adanya kemudahan ASB Loan ini, lebih ramai yang mampu kerana dengan komitmen yang kecil, kuota RM200K dengan mudah dapat dipenuhkan.

Ramai yang salah faham apabila disebut LOAN, ramai yang menyangka mereka akan mendapat tunai atau wang cash. Ini amat salah sama sekali. ASB Loan bermaksud kita berhutang (buat loan) untuk membeli sijil ASB. Contohnya jika Ali membuat ASB Loan RM200K bermakna, Ali telah berhutang dengan bank sebanyak RM200K untuk membeli sijil ASB Bernilai RM200K yang akan dipegang atau dicagar oleh PNB. PNB hanya akan menyerahkan sijil fizikal bernilai RM200K tersebut jika anda telah memiliki surat tamat pinjaman atau full settlement letter dari bank. Dalam tempoh kita membayar hutang atau bayaran bulanan pinjaman asb (asb loan) ini, dividen tahunan akan dibayar penuh kepada kita. Duit dividen ini akan dimasukkan ke dalam buku asb pada 2 Januari setiap tahun.

Jika difikirkan dengan jelas, asb loan adalah loan yang sangat mudah. Bayangkan anda membuat loan RM200K dengan hanya menghantar payslip dan tanda tangan! Giler mudah!  Interest rendah pulak tu!!!!

Bandingkan jika anda membeli kereta atau rumah berharga RM200K juga. Adakah anda boleh sewenang wenangnya beli? Tidak.....Anda perlu bayar 10% dari jumlah tersebut kerana anda tahu, loan rumah dan kereta margin loan nya hanyalah 90% tertinggi. Kalau anda beli rumah kali kedua, anda dah tak layak dapat 90%, anda perlu bayar 80% dan 20% lagi cash sendiri. Cuba lihat asb loan, kali ke dua atau kali ke berapa sekalipun, anda tetap layak mendapat margin 100%. Tapi ada orang kata, boleh beli kereta 100% loan. Tapi anda juga kena faham realitinya jika berbuat demikian, interest loan anda akan menjadi giler tinggi dan mahal dan adalah hilang akal kalau anda beli kereta dengan interest begini! 

Macam mana? Hebat bukan...

ASB Loan memang sangat sangat membantu orang yang tak mampu menjadi mampu mendapat dividen yang lebih tinggi.

Kalaulah saya mampu menyimpan RM549 sebulan dalam buku asb saya, saya akan berjaya mengumpul RM6588 jika konsisten membayar dari Januari hingga Disember. Akhirnya saya mendapat 7.5% dividen daripada RM6588 iaitu RM494.

Bandingkan pula ASB Loan....

Kalaulah saya membuat asb loan RM100K dengan bayaran bulanan RM549/bulan. Dari Januari hingga Disember, saya telah membuat bayaran loan sebanyak RM6588. Katakan di akhir tahun saya akan mendapat dividen 7.5% daripada RM100K iaitu RM7500. Wow! Sangat jauh berbeza daripada jika saya menyimpan sendiri. Kalau nak tunggu simpan sikit sikit lama lama jadi bukit tu saya rasa mungkin sangat lambat dan tak mungkin tercapai.

ASB Loan telah menjadikan imaginasi memiliki nilai simpanan dalam buku asb sebanyak RM100K tercapai. Walaupun bukan serta merta dapat RM100K tapi komitmennya adalah mampu milik dan mampu bayar. Dan kita juga mendapat dividen atas kiraan RM100K tersebut! dan akhirnya,  
setelah tamat tempoh loan dan komitmen bayaran kita, kita akan mendapat sijil bernilai RM100K tersebut. Senang cerita, asalkan buat asb loan anda pasti untuk samada sedang buat atau telah berjaya habis bayar loan. Anda untuk di setiap tahun komitmen asb loan anda.

Bolehlah disimpulkan asb loan adalah satu instrument pelaburan yang baik. Dengan track record yang baik dengan purata dividen 8% selama ini, asb loan adalah pelaburan yang berbaloi dan untung.





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.