ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Cara Kiraan Dividen Pelaburan ASB dan Bonus ASB

Anda Mencari Cara Kira Dividen Pelaburan ASB dan Bonus ASB ?

cara kira dividen asb
cara kira dividen asb

Sebenarnya tak susah sangat, cuma ambil masa baca dan faham pengiraannya.

Merujuk kepada Sifu M.Ruzaini.H :

pengenalan ASB:-
Amanah saham bumiputra (ASB) telah dilancarkan pada tahun 1990 oleh mantan perdana menteri kita Dr mahathir.. ianya ditubuhkan sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan saham oleh bumiputra dan ianya adalah satu agenda dalam dasar ekonomi baru untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat bumiputra..
sejarah dividen dan bonus ASB
Jika diperhatikan kadar dividen sejak penubuhannya hingga sekarang.. kita boleh ambil kadar 7.5% sebagai benchmarking kita untuk kita guna sebagai rujukan untuk anggaran berapa Dividen yang kita akan perolehi pada tahun hadapan.

sejarah dividen asb
Adakah Membuat pinjaman amanah saham bumiputra merugikan:
Persoalan mengenai perkara ini sering diutarakan oleh pembaca blog ini kepada saya samaada menerusi email atau pun ruanggan komen..
untung atau rugi  jika anda ingin meminjam duit dari pihak bank untuk membuat pelaburan perlu dilihat dari segi pulangan, tempoh masa yang diperlukan dan juga kepada risiko.
sebagai contoh, jika anda meminjam duit bank untuk membeli sebuah rumah yang anda akan sewakan@jual untuk menjana keuntunggan.. adakah anda rasa ianya satu perkara yang menguntungkan..
Mungkin orang lain akan straight kata ianya mesti la untung.. kerana berpendapat bahawa harga rumah takkan turun.. malahan naik.. anda MUNGKIN beruntung sekiranya kawasan itu berada didalam kawasan yang sangat mudah mendapatkan penyewa.. kerana kawasan yang mudah mendapat penyewa selalunya kita akan kata ianya kawasan yang harga rumah sgt mudah untuk naik.. kerana wujudnya permintaan.. tp cost untuk membeli property ni agak tinggi.. kerana ianya melibatkan deposit, cukai, peguam dan lain2..
aku disini taknak cerita sgt sebenarnya mengenaai property ni.. tp sepanjang penglibatan aku dalam property ni.. aku beroleh keuntungan secara cash flow dan juga peningkatan harga rumah.. oleh kerana untuk membeli rumah ini memerlukan modal yang agak tinggi.. maka eloklah anda bermula dengan pelaburan didalam ASB ni untuk create modal yang diperlukan untuk memiliki sebuah rumah..
berbalik kepada persoalan adakah membuat pinjaman ASB ni tidak merugikan anda.. aku kata ianya menguntungkan kerana ia menghasilkan pulangan yang agak menarik dengan risiko yang rendah.. ianya dapat dibuktikan dengan pengiraan dengan menggunakan simple math..


Apa yang anda perlu untuk menjadi seorang yang bijak ASB
perkara pertama yang perlu anda buat adalah anda mesti buat adalah membuktikan dengan menggunakan mathematik yang loan asb ni sgt menguntungkan jka di banding dengan membuat simpanan sendiri. jika anda malas untuk menekan calculator dan mengira.. maka tidak perlu bertanya kepada saya samaaada buat LASB ni untung atau tidak.. kerana jika saya kata rugi anda akan percaya.. jika saya kata untung anda akan kata tidak percaya pulak.. oleh itu.. jgn hanya jadi pahlawan papan kekunci.. jadilah pahlawan calculator..
Langkah kedua – Faham kan perbezaan dividen dan bonus ASB
jika anda hendak jadi pemain ASB yang tegar dan bijak.. anda mesti la tahu macamna nak bezakan diantara dividen dan juga bonus nya..
kerana kedua2nya adalah berbeza..kerana 7.5%+1% bukan 8.5%.. kerana kiraan kedua2 nya berbeza…
dividen ASB dikira secara bulanan atas baki terendah untuk 12 bulan.. manakala bonus pula dikira secara bulanan atas baki terendah untuk 120bulan.
so itu bezanya.. korang mesti tak fahamkan.. heheheh.. so itu yg penting kene buktikan perbezaan ini di atas kertas dengan menggunakan calculator..


Langkah ke tiga – kiraan dividen dan bonus -latihan tekan tubi.

mula2 kita cuba kira dividen.. dividen ni dikira secara bulanan atas baki terendah bulanan..
bercerita tentang baki terendah bulanan ni.. korang tau tak apa benda ni.. korang wajib tahu tentang perkara ni.. sebab kebanyakan dividen seperti tabung haji dikira atas baki terendah bulanan..
contoh:-
januari 2014:- baki dari bulan disember adalah Rm1000.. dan tiada duit masuk atau keluar… so baki terendah adalah RM1000..
febuari 2014:- baki dari bulan 1 adalah Rm1000.. tapi ada pengeluaran sebanyak RM400… so baki terendah adalah RM600
march 2014:- baki dari bulan 2 adalah Rm600.. ada kemasukkan duit sebanyak RM1000.. maka baki bulan 3 adalah RM1600.. so disini baki terendah dalam bulan 3 adalah RM600 walaupun baki bulan 3 adalah RM1600..
kes study yg aku bg untuk ke tiga2 bulan ni adalah penjelasan mengenai baki terendah..cuba korang buat kira2 dengan jumlah2 yang lain..

contoh kesalahan pengiraan dividen ASB adalah seperti yang berikut.
jika kita menyimpan sebanyak RM1000/month selama 12 bulan.. dimana kita akan dapat simpan sebanyak RM12,000 pada penghujung tahun.. jika dividen yang di umumkan adalah sebanyak 10%, berapakah jumlah dividen yang diperolehi..ramai yang membuat kiraan dividen untuk unit bernilai RM12000 sebanyak RM120 dimana dividen yang diperolehi adalah 10% daripada RM120000, adakah betul kita akan mendapat dividen RM120.. jawapannya salah.. nilai RM120 hanya akan kita perolehi jika kita simpan sebanyak RM12000 pada bulan pertama. dan bukannya monthly saving sebanyak RM1000..
dividen ASB dikira diatas baki minimum unit setiap bulan.. oleh yang berkenaan.. jika saving RM1000/month dan divident yang diumumkan adalah sebanyak 10%.. maka pulangan sebenar yang kita peroleh adalah hanya 5% sahaja secara kasar iaitu sebanyak RM60 sahaja.. RM60 ini adalah kiraan kasar sahaja.. kiraan yang sebenar ditunjukkan dalam contoh2 di bawah.. :)
————————————————————————————————————————————————–
Pengiraan dividend ASB adalah berdasarkan pada setiap bulan keatas baki minimum dalam bulan itu. Apa yang ada perlu ada sebelum kita melakukan pengiraan ini adalah calculator dan sedikit ilmu matematik UPSR untuk mengira peratusan.
Disini saya sertakan 2 contoh case dimana
  1. Case 1:- simpanan secara tetap sebanyak RM500/bulan
  2. Case 2:- terdapat transaksi masuk dan keluar secara tidak konsisten pada bulan 2.
note:- kiraan bonus tidak ditunjukkan didalam kiraan dibawah.
——————————————————————————————————————————-
Case 1:-
Simpan RM500/bulan – mula January 2010 (27hb every month)
Dividen 8%
Kiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan
div calculation
Merujuk jadual pengiraan diatas, anda tentu tertanya mengapa untuk bulan 1 tiada dividen diberikan, oleh kerana dividen dikira berdasarkan baki terendah kita dapat lihat pada awal bulan ASB kita adalah RMO dan kita hanya mula simpan duit didalam ASB sebanyak RM500 pada 27 januari. So, diantara RM0 dengan RM 500 manakah baki terendah untuk bulan januari. Jawapannya ialah RM0. Dan disebabkan itu, tiada dividen diberikan untuk bulan itu.
pada akhir tahun, jumlah simpanan kita adalah sebanyak RM5500, kalau nak diikutkan, divident yang sepatutnya kita akan dapat adalah sebanyak:-
RM5500 X 7% = RM385.00
tapi kita hanya dapat RM192.50
so, disini dapat disimpulkan, jika menyimpan secara consisten selama 12 bulan, kita hanya akan mendapat lebih kurang 3.5% jer keuntungan..
—————————————————————————————————————————————————————
Case 2
Amar bekerja sebagai jurutera dia menetapkan untuk menyimpan sebanyak Rm500 sebulan, tetapi pada bulan Februari dia telah membuat pengeluaran sebanyak RM500 dan menyimpan sebanyak RM1000( 2 kali saving), berapakah dividen yang akan amar perolehi untuk tahun 2010?
div 1
Jikalau dividen pada tahun 2010 diumumkan sebanyak 7%
Kita dapati pengeluaran berlaku pada bulan februari dan juga simpanan yang dibuat adalah sebanyak dua kali iaitu RM300 pada 2 februari dan Rm700 pada akhir bulan. Oleh kerana dividend dikira atas baki terendah pada setiap bulan. Kita dapati pada bulan februari baki terendah adalah sebanyak RM800 walaupun baki simpanan pada akhir bulan adalah sebanyak RM1300. Kesimpulannya adalah, dividend pada bulan februari adalah diatas baki RM800 itu. Jadual dibawah menunjukkan summary baki untuk bulan februari
div 2
Jikalau dividen pada tahun 2010 diumumkan sebanyak 7%, maka kiraan untuk dividen pada tahun 2010 untuk ASB amar adalah seperti jadual di bawah dimana Amar mendapat keuntungan dividen sebanyak RM226.33.

Contoh Kira Dividen ASB lagi

macammana calculation untuk dividen, kira dia macam di bawah, ianya dikira atas baki terendah setiap bulan untuk 1 tahun itu
dividen
seterusnya calculation untuk kira Bonus, ianya berdasarkan baki terendah setiap bulan untuk 120 bulan (10 tahun)
bonus
ada 4 case sebagai contoh untuk perbandingan seperti jadual di bawah
case1
kesimpulan case 1:-
saving = RM100,000
dividen diatas RM100,000 X 7.5% = RM7500.00
tapi kiraan dalam jadual adalah sebanyak RM6875 sahaja kerana untuk bulan 1 tiada dividen di kira kerana baki minimum adalah RM0.
——————————————————————————————————————————————————
case 2
Kesimpulan case 2:-
  1. total saving pada akhir tahun = RM6000.00
  2. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 6000 X 7.5% = RM450 (kiraan yang salah)
  3. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 206.25
  4. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 3.44% sahaja.
  5. so kalau simpan secara tetap kita akan kehilangan half dari keuntungan yang diumumkan oleh PNB
—————————————————————————————————————————————————
case 3
Kesimpulan case 3:-
  1. total saving pada akhir tahun = RM2250.00
  2. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 2250 X 7.5% = RM168.75 (kiraan yang salah)
  3. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 106.88
  4. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
  5. ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan.
  6. sebagai contoh bulan 8 walaupun pada awal bulan di masukkan RM300 and jumlah simpanan adalah sebanyak RM2200 pada bulan 8 itu, tapi baki minimum adalah rm1900 dan bukannya rm2200.. renung2 lah..
————————————————————————————————————————–
case 4
Kesimpulan case 4:-
  1. total saving pada akhir tahun = RM1800.00
  2. terdapat pengeluaran dan simpanan dilakukan sepanjang 12 bulan.
  3. selalunya orang kira dividen macam ni = RM 1800 X 7.5% = RM135 (kiraan yang salah)
  4. sebenarnya dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 81.88
  5. so kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
  6. ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan. and setiap pengeluaran akan merendahkan lagi baki asb pada setiap bulan.. renung2 lah..

 







Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.