ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Apakah Amanah Saham Bumiputera atau ASB ?

Penjelasan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

amanah saham bumiputera
ASB Amanah Saham Bumiputera


Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah untuk Bumiputera Malaysia yang perlu dimiliki. Akan tetapi, bukan semua orang memahami ASB dan apakah yang menjadikan ASB begitu menarik.

Apakah Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

ASB telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 untuk semua Bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternative bagi Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur. Oleh itu, ASB telah direkakan sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap di mana harga seunit untuk dana itu ditetapkan pada RM1.00 serta tiada caj jualan dan yuran penebusan unit dikenakan.

ASB mempunyai had input sehingga RM200, 000 di mana pelabur hanya boleh meningkatkan jumlah pelaburan mereka sehingga had input itu. Walau bagaimanapun, dana ini tidak mempunyai had atas nilai akaun. Oleh itu, perolehan modal yang disimpan dalam akaun ASB adalah dibenarkan untuk menyebabkan jumlah dalam akaun melebihi RM200, 000. Pelabur adalah bebas untuk menentukan jumlah untuk melabur pada bila-bila masa sahaja, serta boleh top-up atau melanggan unit tambahan melalui agen ASB berkenaan.
Dividen ASB diedarkan pada setiap tahun tetapi dikira secara bulanan berdasarkan jumlah minimum setiap bulan, selain daripada modal yang dijamin, ASB tidak pernah memberikan pulangan di bawah 8.5% setahun (Klik sini untuk sejarah jadual pulangan). Ini adalah apa yang menjadikan ia begitu menarik kepada pelabur!

Dimana untuk membeli Dana ASB

Terdapat dua jenis ejen yang diberi kuasa di mana anda boleh membeli ASB – Bank dan Bukan Bank. Ejen bank untuk dana ASB adalah:
  1. Maybank
  2. RHB
  3. CIMB
  4. AffinBank
  5. BSN
Hanya satu ejen bukan bank iaitu Pos Malaysia.
Hari ini, kebanyakkan ajen bank-bank melanjutkan service perbankan internet untuk pelabur ASB bagi menambah atau melanggan lebih banyak unit untuk pelaburan ASB mereka. Para pelabur juga dibenarkan untuk membuat pelaburan bagi akaun ASB pihak ketiga melalui perbankan dalam talian.
Sebagai satu-satunya ajen bukan bank, Pos Malaysia menjadi rakan kongsi dengan beberapa bank untuk menawarkanShared Banking Service (SBS) di kebanyakkan kedai Pos Niaga. Malah, pelabur blh menyemak status kelulusan permohonan dana ASB melaui perkhidmatan kiosk dalam kedai PosNiaga di seluruh Malaysia.

Adakah terdapat Pembiayaan ASB Pelaburan? Dan adakah ia berbaloi?

Bagi mereka yang kekurangan tunai tetapi mahu melabur dalam ASB, sesetengah ajen bank menawarkan Pinjaman ASB. Dan Pinjaman ASB sentiasa berbaloi. (Baca disini untuk mengapa)

Nota Tambahan

Terdapat perdebatan sama ada ASB di larang dalam Islam. Berdasarkan pengumuman terabaru olehMuzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI berkenaan isu ini pada 2012, hasil mesyuarat tentang pelaburan ASB adalah Harus, yang mana ASB tidak dilarang atau dibenarkan dalam pandangan Islam. Pada masa yang sama, panel Syariah dalam PNB bertanggungjawab untuk mengurangkan dana pelaburan di dalam aktiviti pelaburan Haram

Kesimpulan

ASB sangat menarik dan diterima oleh semua Bumiputera dek kerana risikonya yang rendah dan dividen yang tinggi dan memberikan bonus tambahan kepada pelabur. Sentiasa beli jika anda mampu. Dan juka anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk melabur dalam ASB, anda sentiasa digalakkan untuk mengambil Pinjaman ASB. Gunakanlah Wizard Perbandingan Pinjaman ASB untuk mendapatkan pinjaman ASB yang paling sesuai untuk anda. Tetapi harus diingat, ini bukan muktamad...ade beberapa faktor lagi perllu diambil kira. Strategi digunakan juga memainkan peranan penting sebelum sesebuah Bank dipilih.

Sumber Info ASB dan ASNB = http://www.asnb.com.my





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.